KUANTAN: Seorang buruh warga Bangladesh ditemukan lemas selepas dipercayai ditarik ombak semasa mandi di pantai Kampung Baru Gebeng di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa Md Rashidul, 30, ditemukan terdampar di pantai pada 4.51 petang kira-kira satu kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat.
"Mangsa bersama dua rakan dikatakan mandi sekitar 100 meter dari pantai itu pada 12 tengah hari sebelum mereka ditarik ombak. Bagaimanapun rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa dikatakan tenggelam dan hilang.
"Rakan mangsa bergegas pulang ke kilang tempat mereka bekerja untuk memberitahu pengurus mereka yang kemudiannya memaklumkan polis pada 3.15 petang," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat.
Pada kes berasingan, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria berkata seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas didakwa hilang di Sungai Kuala Sat, Jerantut dekat sini.
Mangsa Mustaqim Rizman, 12, dipercayai mandi bersama rakannya di sungai itu sekitar 4 petang.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan melibatkan bomba dan polis serta orang kampung sebelum dihentikan lewat petang tadi ekoran cuaca yang semakin gelap dan akan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 18 2024
Wan Mohd Zahari berkata mangsa Md Rashidul, 30, ditemukan terdampar di pantai pada 4.51 petang kira-kira satu kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat. - Gambar hiasan/Pexels
Kronologi anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
"Polis percaya kes tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang mengorbankan dua anggota pasukan keselamatan itu ada kaitan dengan kumpulan pengganas, Jemaah Islamiah (JI)," menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
#AWANInews
#AWANInews
Ronaldo tiada hasrat untuk bersara, masih berminat teruskan karier
Pada usia 39 tahun, Ronaldo masih mempunyai motivasi yang tinggi untuk bersaing dengan "singa muda."
Meta uji paparan web untuk Threads dengan rekaan umpama Tweetdeck
Dengan langkah ini, pengguna boleh menyusun pelbagai lajur-lajur berbeza dan memantaunya dengan mudah melalui hanya satu paparan.
AFC sokong saranan gantung Israel
Presiden AFC suarakan sokongan terhadap usul Persatuan Bola Sepak Palestin agar Israel digantung daripada FIFA berikutan serangan tidak berpenghujung di Gaza.
Niaga SPOTLIGHT: Economic Impacts of Extreme Heat
[TERKINI] Sidang media IGP berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Ikuti sidang media Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berhubung kes serangan lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
Inflasi meningkat, ringgit lemah, rasionalisasi subsidi akan tingkatkan lagi inflasi?
Kupasan lanjut tetang impak peningkatan inflasi terhadap rakyat, ekonomi bersama Provost, Malaysia University of Science and Technology, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai.
Angka kematian akibat bencana alam di Brazil meningkat kepada 151
Dalam tempoh 24 jam lepas, bilangan mangsa yang meninggal dunia telah meningkat dari 149 ke 151 orang.
Buruh Bangladesh ditemukan lemas selepas ditarik ombak
Seorang buruh warga Bangladesh ditemukan lemas selepas dipercayai ditarik ombak semasa mandi di pantai Kampung Baru Gebeng di sini hari ini.
Pencarian remaja dikhuatiri lemas di Teluk Senangin diteruskan
Sehingga kini operasi pencarian giat dilakukan untuk mengesan mangsa di sekitar kawasan itu.